“SEK KITO JANGE PPECOH”, SLOGAN SEMANGAT KEKELUARGAAN RAKYAT KELANTAN

PAHANG – “Anak-anak Kelantan berperanan penting sebagai duta Kerajaan Negeri untuk memasarkan mesej kehebatan Merakyat Membangun Bersama Islam (MMBI) yang menjadi tonggak perpaduan, keharmonian dan kesepaduan anak Kelantan walau di mana sahaja mereka berada.”

Demikian ucapan Exco Hubungan Seranta YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nasurruddin Daud di Program Jelajah Kelantan Prihatin 2.0 Bersama Anak Kelantan di Perantauan di Teratak Pokdie, Kampung Batu Hitam, Kuantan, semalam.

Menurutnya juga, slogan “Sek Kito Jange Ppecoh” menjadi moto yang sinonim dalam kalangan masyarakat Kelantan yang memberi makna terhadap kehebatan semangat kekeluargaan Kelantan tanpa mengira perbezaan bangsa, kaum dan agama.

Menurut Pengarah Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) Kamaruzaman Mohamad, program tersebut dikelola oleh Unit Hubungan Seranta UPKN dengan objektif mewujudkan kebersamaan perantau dengan pemimpin Kelantan, selain menyampaikan maklumat berkenaan kerajaan negeri.

“Bagi tahun 2023, program ini telah bermula pada 6 Januari di Johor, diikuti pada 7 Januari di Melaka dan seterusnya di Pahang, semalam.

Program tersebut akan berterusan hingga Februari meliputi Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, sumbangan Al-It’am Siswa berupa makanan keperluan harian turut diagih kepada pelajar terpilih melalui Markas Siswazah Kelantan(MSK) di setiap lokasi program berlangsung.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg

Pautan: “SEK KITO JANGE PPECOH”, SLOGAN SEMANGAT KEKELUARGAAN RAKYAT KELANTAN

(Visited 5 times, 1 visits today)

Add Comment