SOLAT WAJIB DILAKSANAKAN DALAM SEMUA KEADAAN

KOTA BHARU – Solat adalah perintah yang wajib dilaksanakan walaupun dalam keadaan getir seperti peperangan dan dituntut dilakukan secara berjemaah.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato’ Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Perasmian Sambutan Bulan Solat Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1444H/2023M di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Sabtu lalu.

Katanya, Kempen Bulan Solat anjuran Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) adalah gagasan akhirat bagi mengingatkan rakyat agar sentiasa menjaga fardu solat sebagai tiang agama.

“Kerajaan Negeri melalui Dakwah Halaqat berfungsi sebagai kakitangan kerajaan dalam memastikan rakyat beroleh pengetahuan ilmu dan amalan kerohanian.

Setiap tahun hampir 3000 rakyat di negeri ini dalam pelbagai lapisan umur sama ada lelaki atau perempuan berjaya khatam al-Quran di bawah bimbingan guru-guru Halaqat,” katanya.

Tambahnya, dengan celik al-Quran akan terbuka cara mengenal agama dan rakyat yang terdidik dengan ajaran agama secara sempurna adalah generasi yang hidup dalam lingkungan yang mengenal dosa dan pahala.

Berhubung perkara yang sama ujarnya, jika perkara itu dapat disebarluaskan, Kelantan akan bebas daripada gejala rasuah dan maksiat.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg

Sumber

(Visited 10 times, 1 visits today)

Add Comment