STAM: 126 pelajar Yik cemerlang

KOTA BHARU: Seramai 126 pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) memperolehi keputusan cemerlang (mumtaz) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang diumum hari ini.

Seramai 13 pelajar daripada jumlah tersebut memperolehi 10 Mumtaz semua mata pelajaran.

Pencapaian pelajar Yik dalam STAM tahun ini meningkat kepada 67.46 peratus berbanding 62.97 peratus 2014, berlaku peningkatan sebanyak 4.49 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, seramai 1,853 pelajar menduduki STAM tahun lalu berbanding 1,912 orang (2014).

“Daripada jumlah tersebut seramai 373 pelajar memperolehi pangkat Jayyid Jiddan dan 614 pula mendapat pangkat Jayyid,” katanya ketika mengumumkan keputusan STAM di Nilam Puri hari ini.

Maahad Muhammadi Perempuan mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 2.37, diikuti Maahad Muhammadi Lelaki (2.57) dan Maahad Tahfiz Al Quraan Wal Qiraat (2.93).

Empat pelajar Maahad Muhammadi Perempuan iaitu Anis Athirah Ahmad Shukri, Asma’ Mohd Nazri, Nur Syahida Ibrahim dan Nurul Syuhada Mohamed masing-masing mendapat 10 Mumtaz.

Turut mendapat keputusan 10 Mumtaz tiga pelajar Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman dan seorang Maahad Muhammadi Lelaki. –HARAKAHDAILY 21/1/2016

(Visited 6 times, 1 visits today)

Add Comment