PASIR PUTEH – Majlis Perasmian Stesen Mek Awey Gaal berjaya mencatatkan kehadiran 500 pengunjung di Tapak Medan Selera di Kampung Wakaf Raya, semalam.
Semua hadirin yang mendaftar telah diberi kupon untuk tebus menu di Stesen Mek Awey yang ke-7 secara percuma.
Pelbagai aneka menu tersedia antaranya Char Kuay Teow Ashok, Pizza Boss, SubDepo Ayam Gunting, Air Balang dan Mr Tako.
Dalam ucapan perasmian, Exco Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, program anjuran Urus Setia Belia dan Sukan (U-BeS) itu adalah salah satu usaha kerajaan negeri melahirkan usahawan berjaya dari kalangan anak muda.
Beliau turut berterima kasih kepada Pusat Khidmat DUN (PKD) Gaal, U-BeS, vendor, para peserta niaga dan pihak-pihak yang menjayakan program tersebut.
Turut hadir, ADUN Gaal, YB Mohd Rodzi Ja’afar, ADUN Selising, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan ADUN Limbongan, YB Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah.
Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita4ptg