Sultan Kelantan seru rakyat, jangan ragu terima vaksin

oleh Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 5 Jun: KDYMM Sultan Kelantan menitahkan agar semua rakyat di negeri ini tidak berasa ragu-ragu untuk mendaftar dan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 demi kesejahteraan dan kesihatan masing-masing.

Memetik dari laman sosial (Facebook) rasmi Unit Media Pejabat Sultan Kelantan, baginda bertitah demikian setelah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 berjenama Pfizer-BioNTech yang berlangsung di Wad D’Raja, Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

\Turut sama menyempurnakan suntikan tersebut, YMM Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid serta Usrah D’Raja Kelantan.

Titah baginda lagi, semoga usaha murni ini menjadi ikutan rakyat jelata bagi bersama-sama memutuskan rantaian penularan COVID-19 khususnya di Kelantan.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment