SULTAN MUHAMMAD V KURNIA RM 300 RIBU UNTUK PALESTIN

webmaster

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KOTA BHARU, 17 Mei: Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob menjunjung kasih kepada KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V yang telah mengampuni perkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM 300 ribu kepada Tabung Amanah Kebajikan Darulnaim (Tabung Serambi Mekah) sebagai solidariti kepada rakyat Palestin yang menderita akibat tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Zionis Israel.

Sumbangan diserahkan oleh Pengelola Istana D’Raja Kelantan, YM Dato’ Haji Tengku Azmi Tengku Jaafar yang disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata, YB Dato’ Panglima Perang, Haji Mohd Nassuruddin Daud dan Setiausaha Sulit kepada KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V, YB Dato’ Perwira Raja, Nik Mohd Shafriman Nik Hassan.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Keris koleksi Dato’ Amar untuk rakyat Palestin

oleh Che Maziah Mat KOTA BHARU, 21 Mei: Sejumlah RM32,000 telah berjaya dikumpulkan hasil lelongan tiga bilah keris koleksi eksklusif milik YB Dato’ Menteri Besar Kelantan serta sumbangan peribadi sebanyak RM28,000 menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM60,000 untuk disalurkan bagi membantu umat Islam di Palestin melalui kempen #Aid4Palestine. Lelongan yang berlangsung […]

Subscribe US Now