Sumbang RM50,000 kepada Suwaibah

KOTA BHARU – Kerajaan negeri menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada pelari solo wanita negara, Suwaibah Muhammad Nasir sebagai dorongan bagi mencapai misinya menawan Burj Khalifa, Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, dorongan tersebut juga sebagai pemangkin semangat kepada anak jati Kelantan itu untuk terus maju di arena sukan tersebut selepas ini.

“Saya yakin dan percaya usaha yang dilakukan oleh Suwaibah ini akan memberikan motivasi kepada golongan beliawanis untuk turut sama berjaya dalam apa jua bidang.

“Ini membuktikan golongan wanita mampu melalukan sesuatu di luar jangkaan sekiranya diberikan peluang dan kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan padu kepada wanita,” katanya.

Sementara itu, Suwaibah ketika ditemui mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri dengan sumbangan yang diberikan.

Malah katanya, ia sedikit sebanyak memberi aura dan semangat baharu kepadanya untuk lebih berjaya selepas ini.

“Saya akan menggunakan sumbangan tersebut sebagai permulaan untuk rangka promosi dan larian percubaan bagi menawan puncak tertinggi dunia itu.

“Sumbangan ini amat besar erti dan saya akan memberikan yang terbaik bagi memastikan misi tersebut dapat disempurnakan dengan jayanya,” katanya.- SINAR HARIAN 23 MAC 2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment