SUMBANGAN AIDILFITRI UNTUK BARISAN HADAPAN

webmaster

oleh Nik Azman Nik Mustafa

TUMPAT, 7 Mei: Seramai 300 orang petugas barisan hadapan peringkat DUN Pasir Pekan menerima sumbangan Aidilfitri daripada Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob pada Majlis Sumbangan Aidilfitri Peringkat DUN Pasir Pekan di Wisma Ibaadurrahman hari ini.

Menurut Ahmad Yakob yang juga ADUN Pasir Pekan, sumbangan ini sebagai meraikan petugas barisan hadapan yang telah bekerja keras sebelum ini membantu masyarakat sepanjang pandemik Covid-19.

Beliau turut menasihati rakyat Kelantan supaya sentiasa mematuhi SOP terutama menjelang musim perayaan ini dan banyakkan berdoa.

“Selain berusaha kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah SWT pada bulan yang penuh keberkatan ini semoga masalah yang sedang kita hadapi sekarang ini segera selesai,” katanya.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MB DAN ISTERI AGIHKAN JUADAH BERBUKA

oleh Nik Azman Nik Mustafa TUMPAT, 9 Mei: Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan isteri Datin Bentara Kanan Siti Zabidah Ab Hamid mengagihkan juadah berbuka puasa kepada seramai 2,000 orang secara pandu lalu di Perkarangan Wisma Ibaadurrahman, Paloh pada Majlis Agih Juadah Berbuka Puasa petang semalam. […]

Subscribe US Now