TAMAN REKREASI AIR PANAS TOK BOK, DESTINASI WAJIB SINGGAH PELANCONG

MACHANG – Dulu dikenali sebagai Kolam Air Panas Tok Bok telah dinaiktaraf oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Machang (MDM) menjadi Taman Rekreasi Air Panas Tok Bok yang sangat cantik.

Menurut Exco Pelancongan Dato Mejar (B) Md Nizam Ab Rahman, tempat tersebut perlu menjadi salah satu destinasi wajib singgah pengunjung domestik dan pelancong.

Sementara itu, Yang Dipertua MDM Nik Mohd Hasanuddin Hussain berkata projek naiktaraf kolam air panas tersebut telah siap pada September 2022 dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti perlatan permainan kanak-kanak, dataran dan pentas terbuka, 11 unit kiosk serta sembilan unit bilik penginapan kepada pengunjung.

“Bagi tarikan sempena musim cuti sekolah ini juga, kita menyediakan supadupa air kepada orang ramai di tapak yang akan dibangunkan taman tema air atau splash water untuk akan datang,” katanya ketika ditemui hari ini sempena lawatan Menteri Besar Kelantan ke sana.

#KelantanMajuRakyatSejahtera

Sumber

(Visited 8 times, 1 visits today)

Add Comment