Tiada kelulusan Ladang Hutan sejak 2014 sehingga kini

ladang-hutan-tlcKOTA BHARU – Projek Ladang Hutan ‘Timber Latex Clone’ (TLC) bukanlah projek baharu. Ia mula diperkenalkan di Kelantan pada tahun 2000 dgn 1 kelulusan.

Rekod kelulusan Ladang Hutan TLC tersebut didedahkan Pengerusi JK Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Haji Anuar Tan Abdullah ketika menggulung Ucapan Belanjawan 2017 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Ironinya mutakhir ini, banyak fitnah berlegar atau paling tidakpun maklumat yang sama sekali tidak tepat berhubung projek Ladang Hutan ini seolah-olah kerajaan di bawah teraju YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob begitu rakus mengaut keuntungan dari khazanah alam sedangkan rekod menunjukkan tiada satupun kelulusan Ladang Hutan bagi tahun 2014, 2015 dan 2016.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment