Tolak Najib: Pas tetap mahu guna PRU

KUALA TERENGGANU – Pas sekali lagi mengulangi pendirian untuk menunggu tempoh pilihan raya bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tetap dengan pendirian itu walaupun pemimpin Pakatan Harapan dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Najib berundur melalui usaha dibuat menerusi Deklarasi Rakyat, Khamis lalu.

“Kita mahu perubahan tetapi caranya mestilah proses demokrasi di antaranya pilihan raya (yang diadakan) lima tahun sekali mengikut perlembagaan.

“Saya mahu supaya Perdana Menteri kalau hendak tukar melalui pilihan rayalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dun Ke-13, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. [SINAR HARIAN]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment