UPKN-BKR Bekerjasama Terbitkan Komik

KOTA BHARU – Dalam usaha mengangkat martabat seni warisan sesuai dengan tema “Cintai Warisan Kita” bersempena dengan penganjuran dan pameran kartun peringkat antarabangsa “International Cartoon Competition & Exhibition Malaysia 2020” anjuran Balai Kartun Rossem (BKR) dengan kerjasama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, melalui inisiatif tersebut Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri (UPKN) dengan kerjasama BKR akan menerbitkan komik bersempena Sambutan Tiga Dekad Pentadbiran Kelantan Membangun Bersama Islam.

Rombongan UPKN yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Nazman Che Iberahim telah mengadakan perbincangan dengan Rosidi Semail (Pak Rossem) selaku Pengurus Balai Kartun Rossem di Balai Kartun Rossem baru- baru ini.

Penerbitan komik itu nanti membabitkan zaman pentadbiran dua orang Menteri Besar iaitu Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob.

Pak Rossem yang sudah lama aktif dalam melukis kartun pernah bertugas di UPKN sebagai Penolong Pengarah Penerbitan, sempena pertandingan dan pameran kartun baru-baru ini beliau adalah salah seorang daripada empat juri yang menilai dari sudut kartun.

(Visited 21 times, 1 visits today)

Add Comment