KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) merakamkan tahniah kepada calon-calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 negeri itu yang berjaya mencatat keputusan A bagi semua mata pelajaran.
Dilaporkan bahawa seramai 3,527 calon di Kelantan mendapat 5A bagi semua mata pelajaran dan jumlah ini meningkat 0.45 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 11.25 peratus.
“Tidak lupa kepada ibu bapa yang tentunya berbangga dengan kejayaan anak-anak ini, semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kejayaan di masa hadapan,” ujar Ketua DPPNK, Ahmad Fadhli Shaari dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, kepada calon-calon yang tidak mendapat keputusan cemerlang, semoga ia tidak menjadi penghalang kepada para pelajar untuk terus meningkatkan kesungguhan menerokai bidang ilmu yang masih jauh perjalanannya.
“Sesungguhnya kejayaan di dalam peperiksaan adalah suatu kemenangan yang manis, namun kejayaan yang sebenar di dalam hidup ialah mendapat keredhaan Allah SWT seterusnya meraih syurga di akhirat, insya Allah,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 17/11/2015