USAHAWAN TANI ORGANIK DIPELAWA SERTAI KURSUS PERCUMA

KOTA BHARU – Pusat Agro Pelancongan Min House Camp bekerjasama dengan KITABINA mempelawa para usahawan tani mengikuti kursus pertanian organik dari perspektif Sains Tanaman.

Penasihat Reka bentuk Taman Herba Min House Camp dan KITABINA ProfAziz Shuaib memaklumkan kursus secara percuma itu bakal dikendalikan oleh mantan Pegawai Penyelidik Bayer Co. (Malaysia) Sdn Bhd Coach John Ferimee Ghazali.

“Kita tampilkan Ketua Projek Holtikultur KITABINA Coach John Ferimee yang mendapat latihan menghasilkan produk tumbesaran benih dan produk perlindungan tanaman di institut latihan dan penyelidikan tanaman di Bayer AG Crop Science Division, Monheim Am Rheim, Jerman.

Beliau akan berkongsi pengalaman dan kepakaran tentang teknik asas menghasilkan produk dan penyelesaian kepada permasalahan membabitkan sains tanaman dan kesihatan pengguna,” katanya.

Maklumat kursus seperti yang tertera pada poster yang dilampir.

Usahawan tani dan peminat tanaman organik boleh menghubungi Puan Wan Noriah Wan Ramli di talian 013 922 8440 untuk mendaftar kehadiran sebelum atau pada 22 Februari 2023.

Sumber

(Visited 15 times, 1 visits today)

Add Comment