USUL BERNAS YB ABDUL LATIFF BELA NASIB RAKYAT

KUALA LUMPUR – Dalam Perbahasan Perbelanjaan 2023 Ahli Parlimen Kuala Krai YB Abdul Latiff Abdul Rahman mencadangkan usul bernas dalam memastikan nasib rakyat terus terbela.

Beliau mengusulkan Kerajaan Persekutuan mewujudkan Pengkalan Data Komprehensif Dengan Masa Nyata agar semua rakyat mendapat pembelaan yang sepatutnya dan tidak bertindih atas seorang nama.

Katanya, Kerajaan Pusat perlu mewujudkan agensi tunggal untuk menyelaras bantuan kepada rakyat.

Beliau juga meminta Kerajaan menghapuskan caj ATM RM1, sebagaimana telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri ke-8.

“Nampak kecil, tetapi amat bernilai kepada rakyat. Saya yakin bank tidak akan mengalami kerugian dengan pengecualian ini,” jelasnya.

Seterusnya, beliau mohon diturunkan harga cukai jalan, bukannya buang pelekat cukai di cermin kereta dan turunkan harga untuk mengambil lesen kereta dan motor.

Selain itu, beliau minta kementerian berkaitan memberi perhatian khusus dalam membantu golongan berpendapatan rendah membina rumah sendiri dengan menyemak semula dan merendahkan harga bahan binaan.

“Misalnya harga simen dahulunya RM18 kini telah naik kepada RM22,” katanya dalam sidang parlimen, semalam.

Sumber

(Visited 37 times, 3 visits today)

Add Comment