KUBANG KERIAN – YTM Tengku Mahkota Kelantan berkenan berangkat ke Majlis Memperingati Peristiwa Isra’ dan Mi’raj Peringkat Negeri Kelantan Bagi Tahun 1444 H/2023 M yang diadakan di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, semalam.
Menyambut keberangkatan tiba YTM Tengku Mahkota Kelantan adalah YBM Tengku Temenggong Kelantan yang juga Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato’ Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud dan Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Kaya Setia Nazran Muhammad.
Turut bersama, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Timbalan YDP MAIK, Dato’ Ketua Istiadat Kelantan, Dato’ Pegawai Istiadat Istana Kelantan, Pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan.
Ceramah Isra’ Mi’raj disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Azhar Muhammad dari Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.
Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.